Pengenalan



PPIM HALAL MALL ini telah dibangunkan untuk memenuhi tanggungjawab mewujudkan satu pasaran HALAL kepada semua pengguna Islam & Bukan Islam yang mementingkan kesucian sesuatu yang produk yang digunakan khususnya yang bakal menjadi darah daging keturunan kita kerana mencari yang halal itu suatu kefardhuan bagi setiap mukmin.

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA tetapi tanpa kita sedari banyak produk yang kita sekeluarga gunakan mengandungi unsur-unsur yang dibuat dari BABI. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat Produk Tidak Halal untuk membantu setiap muslimin dan muslimat menjaga pemakanan mereka. Maklumat tersebut telah diperolehi dari sumber-sumber seperti Dr Rasheed Mos, Universiti Malaya kuala Lumpur, PPIM, Majlis Agama Islam termasuk Jabatan Kastam yang sangat perihatin terhadap generasi umat Islam kini dan masa hadapan.

Melalui kesedaran ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Aidaq Services Corp Sdn Bhd (AIDAQ) telah menyediakan weblog ini bagi membantu pengguna memperoleh produk Halal.

Kami juga mengalu-alukan penyertaan ahli BMF bekerjasama memasarkan produk mereka melalui medium ini, mudah-mudahan usaha kecil kita ini diredhai Allah swt, Amin.